Wednesday, October 21, 2009

SIFAT PARA SAHABAT

SIFAT PARA SAHABIAH

Sebenarnya kejayaan seluruh manusia hanyalah dalam mentaati segala perintah Allah s.w.t …Sejauh mana Agama yang telah sempurna hari ini dapat kita amalkan sepenuhnya didalam kehidupan harian kita, bertepatan dengan cara yang telah ditunjukkan oleh baginda Muhamad s.a.w. Kita hidup didunia ini 60-70 tahun sahaja…Insya’allah…esok ..lusa..minggu depan,bulan depan..atau bila-bila sahaja, yang pastinya satu masa akan datang dalam kehidupan kita yang kita akan kembali kepada Allah s.w.t..Jadi sebaik-baik bekal yang akan kita bawa menemui Allah s.w.t. tidak lain hanya iman dan amal yang sempurna kepada Allah s.w.t.
Jadi untuk dapatkan kejayaan yang sedimikian rupa..maka tidak ada cara lain …melainkan mengikuti orang –orang yang telah berjaya..iaitu sahabat-sahabat ikram r.anhum ajmain. Kerana merekalah orang-orang yang telah menghabiskan masa hidupnya bersama-sama dengan Nabi s.a.w. dalam usaha membantu untuk menyebarkan Agama Allah s.w.t. diseluruh permukaan alam. Untuk itulah hari ini ulamak-ulamak ikram menyarankan supaya kita selalu memperkatakan akan keenam-enam sifat kemulian yang ada pada sahabat ikram r.anhum ajmain. Kerana dengan cara inilah yang mana bila kita selalu cakap atau selalu dimuzakarahkan. Insya’allah…akan sampai satu masa yang mana perkara tersebut ..akan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.
Jadi sahabat ada enam sifat yang unggul..yang mana sifat yang pertama..ialah hakikat kalimah iman dan kalimah amal yang mana telah disempurnakan dalam kehidupan mereka. Kalimah iman ialah kalimah lailahailallah, yakni tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah s.w.t. Makhluk sedikit pun tidak ada kuasa…untuk bagi mudharat dan manafaat, Yang berkuasa..untuk bagi mudharat dan manafaat hanyalah Allah s.w.t. Iman tidak ada had dan batasannya, sebagaimana kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t …yang juga tiadak ada had dan batasannya.
Jadi untuk kuatkan iman…kita kena usaha 3 perkara dalam kehidupan kita.Yang pertama..kita kena banyak cakap perkara-perkara yang ada kaitan dengan kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t….Yang kedua,kita kena dengar dengan penuh tumpuan bilamana ada satu orang datang dan cakap perkara-perkara yang ada kaitan dengan kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t..Yang ketiga,kita kena mohon Iman pada Allah s.w.t..dimalam hari dengan sungguh-sungguh seperti seorang fakir. Jadi bila kita buat tiga perkara ini dengan sungguh-sungguh, Insya’allah akan datang dua perkara dalam kehidupan kita. Yang pertama Iman meningkat. Yang kedua fikir bertambah tentang akhirat.Bila Iman kita kuat..kita akan mudah taat seluruh perintah Allah s.w.t…Ikut cara yang telah ditunjukkan oleh Baginda Muhammad s.a.w..Sebaliknya kalau Iman kita lemah…kita akan malas taat perintah Allah s.w.t..Kalau kita taat sekali pun..kita akan ikut suka hati kita…dan bukan ikut cara yang telah ditunjukkan oleh Baginda Muhamad s.a.w….Dan bila fikir bertambah tentang akhirat…Sifat kezuhudan akan datang dalam kehidupan kita..Dan rasa cinta terhadap dunia pula akan keluar dari hati-hati manusia.
Iman nilainya sangat tinggi…disisi Allah s.w.t..yang mana satu orang akhir kalamnya..dapat membawa Iman sebesar zarrah sahaja pun..Maka Allah s.w.t..akan tukarkan Iman yang sedemikian rupa dengan Syurga yang mana luasnya..10 kali ganda luasnya dunia ini. Sebaliknya satu orang yang memepunyai harta sebanyak dunia sekali pun..tetapi akhir kalamnya mati tanpa Iman..yakni mati dalam keadaan syirik..yang mana dalam hatinya ada tuhan selain dari Allah s.w.t..Maka jangankan masuk Syurga..bau Syurga pun tak kan dapat. Dan Allah s.w.t. akan mencampakkan orang yang sedemikian rupa kedalam Neraka,yang mana dia akan diam didalam Neraka tersebut selama-lamanya…tidak ada penghujung.
Dan kalimah amal pula..ialah kalimah Muhamadurosulullah, yakni satu kalimah yang tidak boleh dipisahkan dengan kalimah Iman, yakni kalimah lailahailallah…kerana apa..? Kerana setiap amal yang kita kerjakan, setiap ibadah yang kita dirikan dan setiap perintah Allah yang kita tunaikan..segala-segalanya berlandaskan sunnah-sunnah Muhamad s.a.w…Jadi kesempurnaan sunnah..menandakan kesempurnaan Agama, dan kekurangan sunnah pula..menandakan kurangnya Agama tanda lemahnya Iman dalam diri kita.Satu orang yang dapat hidupkan satu sunnah dalam kehidupan dia..dizaman fasyakh dan mungkar ini, Maka Allah s.w.t..akan memberikan ganjaran 100 pahala mati syahid.
Sifat sahabat yang kedua pula..ialah solat khusyuk dan khuduk. Solat adalah satu perintah Allah s.w.t..yang sangat besar..yang mana telah diturunkan kepada baginda Muhamad s.a.w..tanpa perantaraan malaikat Jibril a.s..solat yang baik dan sempurna..ialah solat Rasulullah s.a.w. Jadi untuk dapatkan solat yang baik dan sempurna, Maka Ulamak-ulamak Ikram hari ini menyarankan supaya buat tiga usaha dalam kehidupan kita.
Yang pertama..bila kita lihat orang tidak solat..maka hendaklah kita rasa risau, bimbang dan usahakan supaya dia juga dapat datang dalam mentaati perintah solat. Yang kedua..Didalam solat kita kena usahakan untuk wujudkan lima perkara.Yang pertama sahih yakin..yakni yakin yang betul kepada Allah s.w.t..Yang kedua..cara Rasulullah s.a.w……Yakni betulkan bacaan didalam solat, bacaan Al-quran didalam solat dan masail didalam solat.
Yang ketiga…senantiasa merasai yang kita sedang berhadapan dengan Allah..s.w.t..atau sekurang-kurangnya…..merasai yang kita senantiasa diperhatikan oleh Allah s.w.t..pada setiap kali kita mendirikan solat.Yang keempat…senantiasa membayangkan setiap ganjaran pahala yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t..bagi sesiapa yang mendirikan solat..
Yang kelima…melakukan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t… Yang ketiga..selepas solat hendaklah kita banyak syukur kepada Allah s.w.t..kerana dalam banyak-banyak manusia..Allah s.w.t..telah pilih kita dalam memberikan taufiq dan hidayah untuk dapat kita mendirikan solat. Dan kita kena doa serta azam..agar solat kita yang datang..akan lebih baik lagi dari solat kita hari ini. Seperti mana yang berlaku pada sahabat – sahabat ikram r.anhum ajmain…yang mana mutu solat mereka senantiasa meningkat dari satu solat kepada satu solat yang lain.
Tanda solat yang baik…dan sempurna, hanya dengan dua rakaat dapat menarik bantuan dan rahmat Allah s.w.t..dan juga dapat menjegah kehidupan kita dari fasyakh dan mungkar. Dan kelebihan bagi sesiapa yang menjaga solat lima waktunya…sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi s.a.w….:
مَنْ حَافَظَ عَلَ الصََّلاةِ اَكْرَمَهُ اللهُ بِخَمْسِ خِصَالٍ,يَرْفَعُ عَنْهُ ضِيْقُ الْعَيْشِ.وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَيُعْطِيُهِ اللهُ كِتَابَهُ بِيَمِيْنِهِ وَيَمُرُّعَلَ الصِّرَاطِ كَالْبَرْقِ.وَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ.
“ Siapa yang menjaga solat lima waktunya, maka Allah s.w.t.. akan memuliakannya dengan lima perkara : pertama dimudahkan rezeki baginya….yakni terhindar dari kesempitan hidup.Kedua diangkatkan azab kuburnya..yakni terhindar dari siksa kubur. Ketiga diberikan buku catitan amal ditangan kanannya. Keempat meniti titian sirat pantas seperti kilat. Kelima masuk syurga tanpa hisab.”
Dan sifat sahabat yang ketiga ialah ilmu dan zikir..maksud ilmu…ialah merasai haus dan dahaga apakah perintah Allah s.w.t..yang Allah s.w.t…suka kita buat waktu ini. Cara melakukannya ialah cara Baginda Muhamad s.a.w..Jadi untuk timbulkan rasa haus dan dahaga apakah perintah Allah s.w.t.. yang Allah s.w.t.. suka kita buat pada bila-bila masa, maka kita sentiasa lapangkan masa untuk duduk dalam halaqah ta’alim fadhail amal..sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari.
Dan untuk mengetahui cara melakukannya pula yaitu cara Baginda Muhamad s.a.w…maka kita kena ada ilmu masail. Jadi untuk dapatkan ilmu masail inilah…kita kena ruju’pada orang-orang alim untuk mengetahui sesuatu amal yang bertepatan dengan hukum-hukum Allah s.w.t…
Kelebihan orang yang keluar menuntuk ilmu sangat tinggi nilainya..yang mana satu orang keluar daripada rumahnya dengan niat untuk mengetahui sesuatu ilmu, Maka Allah s.w.t..akan sentiasa memuliakan dia..seolah-olah dia senantiasa berjalan diatas sayap-sayap para malaikat. Jika ditakdirkan dia kembali kepada Allah s.w.t..pada ketika itu, maka dia akan dikembalikan didalam keadaan orang-orang yang syahid dijalan Allah s.w.t..
Dan maksud zikir pula..ialah merasai yang Allah s.w.t..senantisa melihat, dan dalam apa yang kita lihat teringat akan Allah s.w.t.. Jadi untuk sampai ketahap ini..tiga usaha perlu dilakukan didalam kehidupan harian kita. Pertama..kita kena sempurnakan zikir kita 300 pagi dan 300 petang secara istiqomah. Kedua..setiap hari kita kena baca Al-Quran paling baik satu juzu’ dengan faham atau beberapa a’in yang kita dapat. Dan kalau kita tidak dapat membaca Al-Quran pada hari tersebut..hendaklah kita memohon keampunan daripada Allah s.w.t..apakah dosa yang telah saya lakukan hari ini. Hingga membuatkan saya terhindar dari mendapat taufiq dan hidayah untuk dapat membaca Al-Quran pada hari tersebut. Yang ketiga kita kena amalkan doa-doa masnun dalam kehidupan harian kita. Perbandingan orang yang berzikir dengan orang tidak berzikir…adalah diumpamakan orang yang mati dengan orang yang hidup. Orang yang sentiasa berzikir adalah orang yang sentiasa hidup disisi Allah s.w.t…dan orang yang tidak berzikir adalah orang yang telah mati disisi Allah s.w.t…
Dan sifat sahabat yang keempat…ialah Ikram Muslimin…Maksud ikram..ialah memuliakan setiap orang Islam kerana Imannya.Oleh kerana Allah s.w.t.. memuliakan setiap orang yang beriman walau pun sebesar zarrah dengan syurga 10 kali ganda luasnya dunia.Maka wajar lah kita memuliakan setiap manusia didalam keadaan apa sekali pun..Dan apabila kita dapat memuliakan setiap orang yang beriman diatas muka bumi ini…Maka akan datanglah sifat tawadu’ dalam kehidupan kita..Dan dengan adanya sifat tawadu’ dalam kehidupan kita..Maka akan lahirlah akhlak yang mulia dalam kehidupan kita..Dan bila adanya akhlak yang mulia dalam kehidupa kita,Maka akan mudahlah untuk kita menunaikan hak-hak orang islam yang lain.
Satu orang yang meninggalkan segala keperluannya.. semata-mata untuk menunaikan keperluan saudaranya. Maka Allah s.w.t…akan mengurniakan ganjaran pahala 10 tahun I’’tikaf..Satu orang yang beri’tikaf dirumah Allah s.w.t.. semalaman sahaja pun . Maka Allah s.w.t…akan menjauhkan dia daripada neraka sejauh tiga parit..dan jarak satu parit antara parit yang lain …adalah sejauh langit dan bumi.
Dan sifat sahabat yang kelima ialah Ikhlas Niat.. maksud ikhlas niat ialah melakukan sesuatu amalan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.. walau pun Allah s.w.t.. telah menjanjikan pahala syurga dan bantuannya..namun kita buat bukanlah untuk itu. Tetapi kita membayangkan setiap ganjaran pahala yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t..semata-mata untuk timbulkan keghairahan dan kesungguhan didalam setiap amalan. Namun kita buat semata-mata untuk menyukakan Allah s.w.t.. Jadi untuk memastikan setiap amalan kita ikhlaslah..kita kena periksa niat kita dipermulaan , dipertengahan dan diakhir setiap amalan kita. Satu orang yang melakukan satu amalan yang kecil dengan ikhlas..amatlah besar ganjarannya disisi Allah s.w.t.. sebaliknya amalan yang besar tetapi tiada keikhlasan adalah sia-sia belaka……
Dan sifat sahabat yang keenam ialah Da’wah dan Tabligh…yakni mengorban harta diri dan masa.. keseluruhannya untuk Agama Allah s.w.t..sebagaimana firman Allah s.w.t.. didalam surah at-taubah ayat 111 yang berbunyi :
اِنَّ اللهَ اشْتََرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَلَهُمْ بِأَنَّّ لَهُمُ الْجَنَّةَ. Yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah s.w.t..membeli diri dan harta orang mukmin dengan gantinya syurga.”
Untuk itulah harta , diri dan masa hendaklah kita gunakan untuk menegak Agama Allah s.w.t..sepenuhnya. Dimana hari ini ummat dipinggir telah telah kembali murtad. Bagaimana Agama hari ini dapat dihidupkan kembali … sebagaimana hidupnya Agama dizaman hadrat Abu Bakar As-Siddiq r.a…Jadi untuk sampai ketahap inilah.. pengorbanan perlu dilakukan oleh setiap ummat Islam. Yang mana Ulamak-ulamak hari ini telah memberikan kita jalan.. yakni satu cara untuk menyebarkan Agama keseluruh alam. Satu cara..yang mana setiap tahun hendaklah kita lapangkan masa berada dijalan Allah s.w.t.. selama 4 bulan atau sekurang-kurangnya 40 hari. Dan baki masa..8 bulan atau 10 bulan lebih yang tinggal itu..hendaklah kita gunakan untuk menghidupkan lima amalan jemaah masjid dimorhalah kita.. Yang pertama…fikir harian bersama ahli jemaah masjid kita. Yang kedua…halaqah ta’alim dirumah dan juga dimasjid sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari.. Yang ketiga.. bagi masa dimasjid 8 jam atau sekurang-kurangnya 2 jam setengah setiap hari. Yang keempat..2 amalan jaulah satu dimorhalah kita dan satu lagi ditempat jiran kita.Yang kelima..setiap bulan keluar 3 hari jemaah sempurna dari morhalah kita…..
Sepagi atau sepetang berada dijalan Allah s.w.t..adalah lebih baik dunia dan segala isinya…Dan debu-debu yang melekat pada onggota tubuh orang yang keluar dijalan Allah s.w.t..diharamkan hatta asap api neraka sekali pun….


Ustaz Zawawie…
Darul Tahfiz Bustanu
Us’syaqil Quran….

Dengarlah.....